UDA RUGBY CLUB
Kelab Ragbi UDA telah didaftarkan secara sah dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tanggal 20 Jun 2017. Kelab ini juga telah dirasmikan oleh Exco Sukan Negeri Johor Dato Zulkurnain Hj Kamisan pada 30 September 2017 sempena Kejohanan Ragbi UDA10s peringkat negeri anjuran kelab ragbi UDA.
Kelab Ragbi UDA (UDA Rugby Club) aktif dalam menyertai kejohanan kategori bawah umur yang dianjurkan pihak swasta dan sekolah yang berkaitan dalam mencungkil bakat baru pelajar dalam sukan
ragbi.
MATLAMAT UDA RUGBY CLUB adalah:
• Mengalakkan penglibatan pelajar dalam sukan ragbi bagi sekolah yang terlibat seterusnya
mendokong dasar Kementerian Pelajaran iaitu 1 murid 1 sukan.
• Mengalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan
• Menyokong Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) melalui penganjuran aktiviti kejohanan ragbi oleh pihak kelab
• Mengalakkan kerjasama hubungan pihak kelab, sekolah dan pihak swasta sebagai penyumbang/penaja dalam usaha membangunkan modal insan dikalangan anak muda/pelajar melalui aktiviti sukan
Manager Mr. Suzeli
Current Team | The Ravage |
---|