NEVER GIVE UP, MORE FIRE!

Pada 10 October 2019, UDA Rugby telah berjaya memenangi gelaran Johan dalam Liga Pembangunan Johor Bawah 16 Tahun 2019 bagi Divison 2. Dalam kejohanan tersebut, UDA Rugby telah melakar 9 kemenangan dan 1 kekalahan sepanjang 2 pusingan kejohanan liga tersebut.

UDA Rugby juga berjaya mencatat skor terbanyak dalam Division 2, dan berjaya meletakkan UDA Rugby di tempat atas liga. UDA Rugby juga berjaya mengurangkan bolos pada 2 pusingan tersebut.

UDA Rugby also scored the most points in Division 2, earning UDA Rugby the top spot in the league. UDA Rugby also managed to reduce the deficit in 2 rounds.

Kelab telah menggunakan pemain secara bergilir-gilir agar para pemain mendapat pengalaman dan minit bermain yang cukup. Kesan positif dapat dilihat permainan yang dimainkan oleh para pemain ini, malah berjaya melaksanakan arahan jurulatih dengan baik.

The club has used players on a rotational basis to provide players with enough experience and minutes of play. Positive effects can be seen in the games played by these players, and even successfully executing the coach’s instructions.

Ini membuktikan kepentingan pendedahan permainan kepada para pemain agar dapat bermain dengan lebih baik. Buktinya dapat dilihat UDA Rugby bermain di Division 3 pada 2018, dan berjaya memenangi tempat ke-4 dan melayakkan diri ke Division 2, 2019. Dan pada 2019, UDA Rugby berjaya memenangi Johan Division 2 dan akan bermain Division 1 pada 2020.

This prove the importance of exposing the game to the players in order to play better. The proof is that UDA Rugby will play Division 3 in 2018, and win 4th place and qualify for Division 2, 2019. And in 2019, UDA Rugby won Champions Cup Division 2 and qualify to play in Division 1, 2020.

Program jangka panjang akan dilaksanakan dalam memastikan pembangunan pemain berkembang seiring dengan pencapaian pasukan. Hal ini perlu disokong dengan penglibatan pemain dan dana kewangan yang kukuh, bagi memastikan objektif program tercapai. Semoga ramai pihak yang sudi membantu kelab dalam memastikan program ini berjaya.

Facebook Comments