Fun Rugby Day 1.0 X-Rugby7s : oleh Ukail Naufal

Pada 16 Mac 2019 Uda Rugby telah mengadakan Fun Rugby yang menggunakan format X Rugby dimana 2 kategori telah di pertandingkan iaitu bawah 14 dan bawah 16.

Bawah 14 terdiri daripada 4 kumpulan manakala Bawah 16 terdiri daripada 3 kumpulan. Perlawanan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan bilangan pemain yang bersemangat menyertai pertandingan tersebut.

some action from X-Rugby7s
break way from afiq
solidaritary for UDA Rugby

Perlawanan dimulai dengan kategori u14 dan diikuti dengan kategori u16. Para pemain bermain dengan penuh semangat dan mempunyai minat yang tinggi dalam sukan ragbi ini. Aktiviti seperti ini amat menggalakkan bagi menyemai kesedaran para remaja atau masyarakat bahawa sukan ragbi ini adalah sukan yang dapat menyatukan perpaduan dan bukanlah sukan yang bahaya.

bermain dalam format X-Rugby7s

Tujuan perlawanan ini diaadakan untuk menarik minat pemain baru dan mencungkil bakat pemain serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemain . Walaupun terdapat banyak kesalahan kecil dilakukan seperti knock on , forward pass dan sebagainya , pemain dapat bermain dengan seronok . Diharapkan lebih ramai pemain baru turut serta dalam perlawanan akan datang dan kesalahan-kesalahan kecil dapat diperbaiki secepat mungkin

Perpaduan di kalangan pemain.
Aktiviti membentuk keserasian dikalangan pemain UDA Rugby
Facebook Comments